Rabu, 21 September 2011

PENGAKUAN MAT SABU TAK BERSALAH


APA nak dimengakukan. Jika Mat Sabu didakwa atas khianat awam memang tak masuk akal kerana Mat Sabu bertindak sama seperti Mahathir yang mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah juga sama tafsirannya - khianat awam. Tapi mengapa Mat Sabu didakwa Mahathir lepas?

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.


Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Kumpul wang

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes pada 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Ketika diminta mengulas, Mat Sabu berkata beliau telah menjangkakan tindakan mahkamah itu.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.

"Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah kes mahkamah, kita akan berdepan dengannya,” katanya.

Menurut Mat Sabu, kerajaan mula kehilangan sokongan rakyat, khususnya golongan muda dan terpaksa menggunakan kekerasan dan undang-undang bagi mengurangkan pengaruhnya.

Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin PAS berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Mereka kemudiannya secara sukarela mengumpul wang dan menderma bagi mengikat jamin Mat Sabu.

Utusan Malaysiapada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan