Teringat sebuah pantun tradisi:
wah wah atas pitu (pintu)
anak angsa makan padi
budak buas (nakal) biar begitu
biar rasa sikit lagi
Inilah pantun tradisional yang meriwayatkan banyak kisah yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. Bagi budak-budak yang nakal biasanya pantun ini juga dijadikan penawar agar kanak-kanak itu segera berhenti menangis apabila dihembuskan pantun ini ditempat-tempat yang tercedera akibat terjatuh dan sebarang kemalangan yang menimpa. Padahal budak itu berhenti menangis cuma seketika, kerana terpegun dengan pantun itu dan hembusan yang dikenakan ditempat yang tercedera. Inilah dipanggil penipuan psikologi.
Namun pengajaran dalam etika pantun ini sebenarnya sangat mendalam ianya ingin menyampaikan pesan supaya berhati-hati kerana bila tidak terantuk maka seseorang itu tidak sedar, "bila terantuk baru tengadah" inilah kata orang tua-tua.
Rentetan dari peristiwa kematian 'syahid' yang diterjemahkan oleh Noh Gadut terhadap Noramfaizul yang gugur sebagai seorang 'pahlawan kamera' negara, rasanya biarlah Allah yang menentukannya.
Manakala bagi Perdana Menteri, beliau juga menyarankan agar tiada mana-mana pihak yang cuba menuding jari mencari salah mana-mana pihak, apatah lagi bila yang terkena itu adalah anjuran parti UMNO di bawah Kelab Putera 1 Malaysia. Rasanya kalau kejadian begini disebabkan oleh pembangkang DAP, rasanya Lim Kit Siang dan Guan Eng tidak dapat berdiri dengan betul kerana 'labu betis'nya dibelasah UMNO. Rasanya beribu saman bakal dikeluarkan UMNO, beratus laporan polis akan dibuat oleh kj-kj UMNO (kj=kaki jilat=khairy jamaluddin=kerja jahat). Paling akhir Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri akan berfatwa lagi dengan mengenakan ISA atau macam-macam akta lagi yang sesuai demi menjahanamkan parti lawan, tapi bila terkena pada batang hidung sendiri, cepat-cepat Najib menutupinya agar kelemahannya tidak terlondeh.
Apa tidaknya, ciri-ciri keselamatan dan prosedur kerja langsung tidak menjamin keselamatan kepada para sukarelawan ini. Namun kerajaan Malaysia melepaskan juga mereka untuk bertugas atas nama 'demi negara'. Sepatutnya mereka ini harus diberikan latihan khusus dulu sebelum sebarang misi dibuat, bukan main pakai taram sahaja. Sudahlah masa yang agak tergesa-gesa diberikan untuk persediaan peserta. Masa yang singkat ini sebenarnya memberi tekanan yang serius kepada peserta, tapi ini pula tidak dijadikan SOP dalam misi sebegini.
Kesimpulannya, apa yang dah terjadi akan tetap terjadi, namun model dan iktibar dari peristiwa ini haruslah menjadi satu garis sempadan yang ketat agar segala ciri keselamatan menjadi agenda utama dalam pengejaran 'nama' di sebarang peringkat antarabangsa, jangan nama diburu tapi nyawa yang terburu dan mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan