TAHNIAH PEMBANGKANG, PERJUANGAN ANDA MENENTANG ISA KINI BERJAYA!!!
Perjuangan pembangkang selama ini untuk memansuhkan ISA sehingga menjadi satu agenda utama dalam 'buku jingga' akhirnya telah menyebabkan Najib akur dan tunduk bersembam dengan perjuangan yang dimainkan oleh pembangkang selama ini.
Namun ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi. Perumpamaan sebegini sekali lagi telah diikuti oleh keturunan bangsawan Tun Razak dan Onn Jaafar ini dengan mengambil tempat pada pusingan akhir atau perlawanan 'bye' saja.
Najib tidak perlu bersusah untuk mendapat nama dan bakti cuma mencedok idea yang sedia ada dari agenda pembangkang sudah cukup untuk menjadikan nama Najib tercatat sebagai satu lagenda dalam sejarah akan datang sebagai 'bapa pemansuh ISA'.
Sekali lagi nampaknya Najib berjaya 'kencing dalam mata' rakyat Malaysia. Sebagaimana sejarah lepas, setelah berhempas pulas para pejuang sebenar menentang penjajah yang dilabelkan oleh British sebagai penderhaka dan disahkan pula oleh UMNO. Akhirnya penyokong dan pemakan gaji dengan British (penjajah) dilabel sebagai pejuang kemerdekaan semata-mata menentang Komunis bukan British. UMNO yang menjadi tali barut orang putih dan telah diberi kepercayaan oleh British bukan atas dasar kebijakan UMNO yang hanya pandai berdemonstrasi saja menuntut kemerdekaan apatah lagi peperangan tapi kerana pada hakikat sebenarnya pada masa itu British telah melihat dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang Malaysia akan menjadi satu 'liabiliti' kepada British dan sangat membebankan British sekiranya masih tinggal sebagai penjajah di Tanah Melayu. Telahan dan kajian yang dibuat oleh cerdik pandai British telah mendorong British melepaskan Tanah Melayu kerana sudah tidak banyak lagi bijih timah dan bijih besi di Malaysia. Dengan kata lain menjajah Tanah Melayu adalah satu perbuatan yang tidak ekonomi.
Justru pada masa tersebut bijih timah dan getah bukan lagi sumber yang utama diperdagangkan di dunia. British sudah mula nampak sketsa menjajah Tanah Melayu pada masa itu sudah tidak relevan lagi, sudah tidak berbaloi lagi. Kemunculan alternatif perekonomian utama dunia sudah mula bertukar arah kepada penghasilan dan produk-produk berbentuk teknologi baru. Kebergantungan kepada sumber asli bukan lagi menjadi satu pilihan utama pada masa itu. Jadi secara tersiratnya kemerdekaan Malaysia bukan atas dasar perjuangan UMNO tetapi kerana British sendiri sudah tidak mahu lagi kepada Tanah Melayu. Ini adalah punca utamanya. British sudah 'tawar' dengan Tanah Melayu kerana mereka sudah memperkosa bahkan meliwat dengan sepuas-puasnya apa yang ada di Tanah Melayu. Bak kata pepatah 'bini yang ada sudah tidak enak lagi...sudah tua, apa kata berbini baru?'
Contoh jelas dalam perkara ini ialah Hong Kong yang begitu lewat mendapat kemerdekaan dan dipulangkan kepada China. Sebab apa? Sebab Hong Kong begitu kaya dan masih banyak sumber ekonomi yang berada di sana, sebab itu British tidak mahu melepaskan Hong Kong. Sejarah ringkas Hong Kong bermula dengan hanya sebuah perkampungan nelayan saja. Kegagalan Kerajaan Dinasti Ching untuk menghentikan perdagangan candu, menyebabkan Hong Kong diserahkan kepada British di bawah Perjanjian Nanking pada tahun berkenaan. Semenanjung Kowloon diserahkan pada 1860 dan perjanjian pajakannya selama 99 tahun bagi Wilayah Baru, yang merangkumi kawasan utara Kowloon hingga ke Sungai Shenzhen, berserta 235 kepulauan, telah dipersetujui pada 1898.
Di bawah prinsip unik "Satu Negara, Dua Sistem". Hong Kong dikembalikan kepada China pada 1 Julai 1997 sebagai Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Persetujuan ini membolehkan Hong Kong menikmati kuasa autonomi, mengekalkan sistem kapitalisnya, badan kehakiman bebas dan pemerintahan undang-undang, perdagangan bebas dan kebebasan bersuara. Merdekalah tu...tapi lewat sebab konon ada perjanjian sulit. Tanah Melayu juga dulu ada perjanjian sulit. Tapi mengapa British tidak aktifkan perjanjian ini? Sebab sudah tua...
Jadi kita kembali ke topik utama iaitu mengapa Najib mengambil peluang memansuhkan ISA ketika hampir pilihan raya? Bukankah selama ini ISA itu selalu menjadi senjata bahaya kepada keampuhan UMNO?
Secara mudahnya dapatlah dikatakan pemansuhan ISA pada masa ini amat tepat kerana sekiranya legasi UMNO rebah dan tertonggeng. Jika BARISAN NASIONAL kalah Najib masih boleh survive dari sebarang dakwaan. Sekurang-kurangnya tidaklah senjata memakan tuan.
Najib yang mengambil inisiatif ini sebenarnya dalam sudut politik ekstrem mempunyai berbagai serampang mata yang tidak nampak oleh balaci-balaci UMNO sendiri. Selain dari menyelamatkan regimnya dari didakwa setelah tewas PRU-13 Najib juga dapat memancing pengundi-pengundi atas pagar yang besar peratusannya pada kali ini, apabila melihat komitmen yang ditunjukkan oleh Najib dalam liberalisasi demokrasi kemungkinan besar jerat ini akan mengena.
Najib yang mengambil inisiatif ini sebenarnya dalam sudut politik ekstrem mempunyai berbagai serampang mata yang tidak nampak oleh balaci-balaci UMNO sendiri. Selain dari menyelamatkan regimnya dari didakwa setelah tewas PRU-13 Najib juga dapat memancing pengundi-pengundi atas pagar yang besar peratusannya pada kali ini, apabila melihat komitmen yang ditunjukkan oleh Najib dalam liberalisasi demokrasi kemungkinan besar jerat ini akan mengena.
Namun apapun matlamat utama Najib dalam pemansuhan ini bukanlah apa sangat. Ianya hanyalah satu serampang bermata untuk meningkatkan trafik kebesaran nama Najib saja. Selaras dengan pusingan disaat akhir perjuangan. Apakah Najib juga bakal mengumumkan keluarbiasaan yang lebih ekstrem dari ini, selepas ini demi survivalnya. Sama-samalah kita tunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan