Khamis, 22 September 2011

AKU SOKONG DAP SEBAB TERESA KOK



TERESA KOK satu nama yang kian gah memuncak dalam kancah politik negara. Nama ini sudah lama menghiasi dada politik Malaysia dengan polemik dan berbagai kontroversi mengikut pandangan UMNO. Namun sebaliknya Teresa Kok sangat diminati bukan sahaja kerana mewakili DAP sebagai pembangkang tapi kerana beliau merupakan seorang 'perempuan' yang cantik...itu mengikut pandangan sahabat pakdoe yang kebetulan memang menaruh minat yang mendalam terhadap beliau dalam bidang politik yang diperjuangkan.

Komen dan perjuangan yang seakan kelihatan agak radikal tidak mematahkan semangatnya sebagai pemimpin kanan DAP menempuhi onak dan liku dipersada politik tanah air. Beliau yang memperolehi ijazah petamanya daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dengan melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Komunikasi, dan ijazah kedua daripada Universiti Malaya dalam sains politik, dan juga Sarjana Falsafah. Tesisnya adalah mengenai UMNO, bertajuk "Factionalism in Umno During Dr Mahathir's Era (1981 - 2001)". Pernah ditahan di bawah akta ISA akhir 2008.

Hari ini Teresa Kok sekali lagi menjelaskan bahawa pendakwaan terhadap Mat Sabu dalam blognya merupakan satu pendakwaan yang berat sebelah dan tidak boleh diterima.



Kenyataan akhbar oleh by Teresa Kok, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor dan Setiausaha Organisasi DAP di Shah Alam pada 22 September 2011Pendakwaan Mat Sabu membuktikan reformasi politik Najib adalah janji kosong.

Kes Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang didakwa memfitnah anggota polis yang terbunuh ketika serangan komunis ketika zaman British menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi mempergunakan mahkamah sebagai saluran politik untuk menakut-nakutkan, membuli dan memenjarakan lawan politik mereka. 

Sekiranya Mat Sabu didapati bersalah, beliau akan dihukum masuk penjara selama dua tahun dan didenda. Sekiranya ini berlaku, beliau boleh ditegah dari bertanding dan berkempen di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Adakah ini taktik BN untuk mengelak dari menghadapi Mat Sabu di dalam pilihanraya yang akan datang memandangkan perbicaran beliau dijadualkan pada Disember 2011?

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan reformasi politik di Malaysia dengan kata-kata manis seperti “mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik” dan “Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya. ”

Tidak sampai seminggu telah berlalu, lawan politik beliau Mat Sabu telah pun didakwa di mahkamah atas pendapat perbadinya mengenai sejarah. Kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat tidak dipedulikan begitu sahaja. Perdana Menteri yang benar-benar berfikiran terbuka dan dinamik haruslah sedar bahawa perbezaan pendapat mengenai penterjemahan sejarah tidak sesuai dibahaskan di bilik mahkamah tetapi haruslah diselesaikan melalui dialog dan perbahasan di dalam ruang akademik.

Lebih-lebih lagi, kenyataan Mat Sabu tidak memfitnah sesiapa. Beliau juga tidak mengapi-apikan sebarang isu perkauman ataupun agama, berbeza sekali dengan Utusan Malaysia dan Perkasa yang telah berulang kali mengeluarkan kenyataan yang mengapi-apikan sentimen perkauman, rasa benci and berbohong tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan. Mereka dibiarkan menyemai benih-benih ketakutan dan kebencian secara bebas.

Pendakwaan Mat Sabu membuktikan kerajaan bersifat berat sebelah dan mengamalkan pendakwaan secara pilih kasih.

Saya mengutuk serangan bomb petrol ke atas kediaman Mat Sabu semalam. Saya juga mengutuk ugutan simbahan asid yang diterima oleh beliau melalui SMS sebelumnya. Ugutan sebegini terhadap beliau dan keluarga beliau adalah jenayah dan harus didakwa di mahkamah. Saya mengulang seruan saya kepada Polis DiRaja Malaysia untuk menyiasat kes ini, menangkap orang yang bertanggungjawab dan menyediakan pelindungan yang sewajarnya kepada beliau dan keluarga beliau.

Saya juga menggesa pemimpin Barisan Nasional supaya mengeluarkan kenyataan akhbar untuk mengutuk ugutan terhadap Mat Sabu agar menunjukkan pendirian mereka menentang keganasan di dalam bidang politik.

Teresa Kok




Tiada ulasan:

Catat Ulasan