Jumaat, 19 Ogos 2011

POPE BENEDICT SOKONG GEREJA - NAJIB AKUR




Perjumpaan Najib dengan Pope Benedict tempoh hari adalah menjurus kepada isu imej negara dan kedudukan agama Kristian di Malaysia. Lantaran itu pertemuan itu telah membawa berbagai aspek dan tanggapan yang semakin berani oleh gereja di negara ini untuk bergiat dengan lebih aktif lagi bagi menaikkan imej Najib di mata Kristian.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesan langsung yang Najib peroleh setelah pertemuannya dengan 'bapak' Kristian itu seolah Najib 'merestui' penyebaran Kristian berleluasa terhadap kalangan Muslim di negara ini. Umat Islam di negara ini tidak perlu merestui perjumpaan Najib dengan Pope tempoh hari kerana kesan yang timbul ekoran dari tindakan itu telah menyebabkan ramai Muslim terjebak dan terpengaruh dengan budaya yang di bawa Najib ini, mereka juga tanpa segan silu berani tampil untuk berjumpa dengan pastor-pastor kerana idea yang ditiru dari Najib ini.

Maka tidak hairanlah jika proses kemurtadan ini berlaku di Malaysia kebelakangan ini. Oleh sebab itu Najib sekeras-kerasnya menafikan pembabitan UMNO dalam isu 'serbuan' ke atas gereja baru-baru ini didalangi oleh parti UMNO, kerana Najib sebenarnya telah merestui perbuatan penyebaran Kristian itu berlaku.

Hasil perjumpaan dengan Pope ini telah membuatkan Najib bertindak menafikan pembabitan partinya demi menjaga Pope Benedict yang dilawatinya. [klik sini]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan