Selasa, 23 Ogos 2011

Pengarah Pelajaran Kelantan Paksa Guru Sokong BN

Pengarah Pelajaran Kelantan yang terang-terangan naik pangkat atas dasar politik, bukan kelayakan sebenarnya telah lama menghantui kementerian pelajaran di negeri Kelantan, beberapa orang 'pengarah' sebelum ini juga demikian. Begitu juga dengan jawatan-jawatan lain di bawahnya timbalan dan bermacam lagi jawatan di Jabatan Pelajaran Kelantan. Ini tidak termasuk jawatan diperingkat sekolah seperti Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kurikulum, jawatan-jawatan di Pejabat Palajaran Daerah, termasuk staf-staf sokongan semuanya bersandarkan politik sokongan kepada Barisan Nasional.

Senario yang berlarutan ini telah lebih 30 tahun diamalkan di Kelantan, sekolah-sekolah menjadi tempat yang begitu ampuh untuk digunakan sebagai premis penyebaran dakyah UMNO, bukankah ini adalah satu kesalahan? Jika pembangkang ingin gunakan sekolah sudah tentu, sama sekali tidak boleh. Tapi sebaliknya jika UMNO yang ingin gunakan sama ada dewan sekolah, padang, bilik mesyuarat,malahan tandas serta apa-apa kemudahan yang sepatutnya hanya pelajar sahaja yang layak menggunakannya akan dibenarkan sekiranya demi UMNO.

Penyalahgunaan ini seharusnya disekat dengan sekeras-kerasnya kerana sekolah bukanlah tempat yang sesuai untuk berpolitik. Apa yang peliknya jika PAS ingin memberi bantuan kewangan kepada pelajar miskin di sekolah atau menganjurkan apa-apa program di sekolah untuk pelajar dan sama sekali tidak bercirikan politik sama sekali tidak dibenarkan. Nampaknya sistem politik di Malaysia sama sekali tidak adil, kemudahan awam sering dirogol oleh UMNO untuk berpolitik. Guru-guru yang berpihak parti lawan akan dikenakan tindakan tatatertib wewenangnya, termasuklah dipecat. Sebaliknya jika seseorang itu kuat menyokong UMNO, kes rogol pelajarpun boleh terlepas. Inilah fenomena politik yang berlaku di Kelantan.

Program makan 'colek' bersama Husin Awang selaku Pengarah Pelajaran Kelantan yang dianjurkan di setiap daerah jelas menunjukkan satu aktiviti politik UMNO. Memaksa guru-guru hadir, dengan menandatangani buku kehadiran, jika tidak tindakan tatatertib bakal dikenakan, pengetua-pengetua serta penolong kanan harus memantau stafnya agar hadir. UMNO di Kelantan akan sentiasa memberi arahan kepada ketua-ketua jabatan agar melaporkan bahawa tiada seorangpun stafnya yang condong ke arah parti lawan. Jika ada tindakan bakal dikenakan terhadap guru tersebut. Program yang dijalankan di Tanah Merah baru-baru ini dijadualkan berlangsung pada pukul 8.30 malam tanpa mengambil kira sensitiviti guru-guru yang ingin berterawih dan berbagai kesulitan demi parti UMNO. Inilah UMNO di Kelantan, bila ramai yang mengadu barulah diubah kepada pukul 9.30 malam.

Pendek kata, jika di Kelantan kalau ingin 'hidup' lama dalam jawatan kerajaan, mestilah juga turut berkempen untuk UMNO, jika tidak. Hayat anda tidak akan lama dan bakal dipecat bila-bila masa.

Pengarah Pelajaran rayu guru sokong BN?

GUA MUSANG, 23 Ogos: Ramai guru di sini mengeluh panjang kerana dipaksa hadir pada program Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bersama pemimpin Umno di sebuah sekolah baru-baru ini.

Lebih mengejutkan lagi mereka dikehendaki menandatangani kedatangan di majlis yang dinamakan sebagai ‘makan colek’ di dewan sebuah sekolah menengah.

Program berkenaan diadakan jam 10 hingga 12 malam yang menyaksikan pengarah JPN, pemimpin Umno menghentam kerajaan negeri, PAS dan membangkitkan semula isu Ladang Rakyat.

Guru terbabit yang enggan nama didedahkan memberitahu beliau terpaksa hadir kerana perlu menandatangani kedatangan pada majlis berkenaan.

“Kalau tidak dipaksa hadir berapa kerat sangat guru-guru di sini yang mahu datang. Namun kerana terpaksa saya datang juga biar pun sudah agak lewat malam.

“Tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah seorang pengarah datang berkempen secara terang-terangan berceramah bersama pemimpin Umno di sini,” katanya.

Beliau yang berpengalaman mengajar di luar Kelantan memberitahu terkejut dengan kerenah politik begitu kuat menguasai sektor pedidikan di negeri ini.

Sedangkan katanya banyak negeri tempat beliau mengajar pengarah naik pangkat bukan kerana politik, sebaliknya kelayakan.

“Di negeri ini saya diberitahu mereka yang menguasai JPN sejak 1990 dilantik kerana ihsan politik dan bukan kelayakan sebenar.

“Sebelum ini saya hanya dengar rakan-rakan yang menceritakan situasi itu, namun apabila balik mengajar di negeri sendiri barulah saya tahu kerenah politik begitu dahsyat,” katanya.

Menurutnya selepas pengarah berceramah, Timbalan Ketua Umno Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah pula berucap dengan menggunakan peluang menghentam PAS dan kerajaan negeri.

JPN Kelantan sekarang diketuai Hussain Awang difahamkan berasal dari Machang.

Seorang lagi guru mendakwa dalam ucapan di majlis berkenaan Hussain merayu guru-guru yang hadir memastikan keluarga mereka menyokong Umno dan BN pada pilihan raya akan datang.

Program makan colek itu difahamkan pada peringkat awal mengundangkan Tengku Razaleigh Hamzah, namun beliau digantikan Nozula.

Politik Umno menguasai JPN begitu ketara ketika di bawah Datuk Shafie Ismail dan Rahman Ali. Kedua-dua pengarah terbabit dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Malah ketika JPN di bawah Shafie guru-guru dipaksa menandatangani kedatangan hadir pada program bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan