Isnin, 22 Ogos 2011

NAJIB DAN ROSMAH AKHIRNYA DISAPINA!!!

Gempar, Najib dan Rosmah terketaq-ketaq kena sapina dan wajib hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi... maka terkincit dan berak-berak bak makan julatlah kedua cerpelai ini bila disapina....

Pasukan peguam bela Anwar sapina PM, isteri

KUALA LUMPUR: Tujuh saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disapina pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi saksi pihak pembelaan dalam kes liwat Anwar.

Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Anwar, memberitahu Mahkamah Tinggi yang mereka telah mensapina tujuh saksi yang ditawarkan oleh pasukan pendakwaan pada akhir kes mereka untuk menjadi saksi pihak pembelaan.
Karpal memaklumkan demikian kepada mahkamah selepas Anwar selesai memberikan kenyataan pembelaannya dari kandang saksi, untuk menjawab pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26.
Saksi berkenaan ialah Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof; doktor PUSRAWI yang memeriksa Mohd Saiful, Dr Mohammad Osman Abdul Hamid, jururawat PUSRAWI, Yazihan Jusoh dan pembantu rumah Indonesia, Suliati. - BERNAMA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan