Rabu, 24 Ogos 2011

BILA KHIR TOYO RASA BERSALAH!!!


Nampak gayanya Khir Toyo memang bakal dihumban ke penjara 'kelas jahanam' (adik-beradik neraka jahanam) memandangkan kekawannya sendiri tidak suka dengan sikap dan kelakuan beliau yang memberi penyapu dan berus gigi kepada sesiapa yang tak gosok gigi dan tak jaga kebersihan rumah. Akibatnya Khir Toyo terpaksa akur dengan keputusan Majlis tertinggi UMNO yang sekali gus melempar dirinya telanjang bulat tanpa kuasa di sisi.


Orang yang menjadi musuh Khir Toyo tidak lain dan tidak bukan ialah seseorang yang mengidam menjadi Menteri Besar Selangor suatu era UMNO di zaman Khir Toyo menjadi Menteri Besar dulu. Rerasanya ramai yang sudah tahu siapa yang Khir Toyo maksudkan.

Khir Toyo tahu sistem kehakiman di negara ini tidak boleh dipercayai cuma untuk menceritakan denngan lebih mendalam mungkin akan menyebabkan dirinya semakin tertekan oleh mahkamah dan dituduh pula menghina mahkamah. Sebab itu Khir Toyo hanya menyalahkan 3 'Datuk T' yang terlibat dalam menjatuhkannya. Namun apapun si Toyo harus sedar akan kesilapan yang pernah dilakukan semasa beliau berkuasa dulu, projek dan hasil negeri tidak pernah diberikan kepada 3 ekor menteri yang didakwa Khir Toyo menjeratnya. Oleh sebab itu mereka ini berdendam dengan beliau.

[klik sini] TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan