▼
Sabtu, 27 Ogos 2011
80 mayat busuk ditemui di hospital Tripoli [VIDEO]
TRIPOLI 27 Ogos – Sekurang-kurangnya 80 mayat yang sudah busuk ditemui di hospital di sini, semalam, kemungkinan mayat mangsa-mangsa yang tidak mendapat rawatan selepas terlibat dalam pertempuran.
Bagaimanapun, 17 pesakit ditemui masih hidup, termasuk seorang kanak-kanak, setelah terperangkap beberapa hari ketika pemberontak cuba mengusir tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi di sekitar bandar Abu Salim.
Pemberontak menyerang bandar tersebut sejak minggu lalu dan berjaya menguasai hampir keseluruhan bandar tersebut pada Rabu lalu.
Pagi semalam, satu pasukan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa membawa 17 pesakit itu keluar dari hospital tersebut.
Pesakit-pesakit terbabit menunggu sejak beberapa hari lalu dengan keadaan bau busuk mayat yang meloyakan, koridor dipenuhi darah, rumah mayat penuhi dengan mayat dan puluhan mayat lain masih berada di dalam bilik hospital. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan