Jom kita cuba tukarlah: Umno ni fesyen lama dahh!!! |
Mengapa Umno dan penyokong parti kerajaan begitu gerun dengan Bersih? Mengapa mesti menghalang perarakan bersih? Sedangkan matlamat dan perjuangan bersih amat jelas setelah sekian lama dihidu oleh rakyat negara ini, bahawa kemenangan yang dikecapi oleh Umno bukanlah di atas paksi tulus dan benar. Banyak berlaku penyelewengan dalam sistem pilihan raya negara, SPR sebagai badan yang dianggap berkecuali dalam pengurusan pilihan raya juga tidak pernah menunjukkan satu jalan yang adil kepada pembangkang. Sebaliknya setiap apa bantahan dan isu yang cuba dikemukakan oleh pembangkang akan dipandang sepi dan sesekali melayan dengan melepaskan batu di tangga sahaja.
Keadaan seperti ini juga tidak pernah disedari oleh rakyat yang mendapat sedikit habuan dari parti itu sebagai satu jasa, dan menganggap bendera BN sajalah tempat yang dapat membangunkan negara ini...Kedangkalan pemikiran seperti ini telah menyebabkan berlakunya huru-hara dalam negara, bukan pembangkang yang membangkitkan isu kemarahan rakyat tapi rakyat yang tidak berfikir dengan betul sebenarnya telah membangkitkan huru hara.
Umno juga harus sedar walau konon dengan lantang melaungkan slogan membela nasib melayu, tapi berapa keratkah rakyat melayu yang benar-benar terbela dengan Umno. Mungkin yang makan gaji dengan kerajaan Umno, yang mengharapkan projek NKRA, Prasekolah, dan membina bangunan kerajaan, kontrak menyediakan makanan masak di asrama-asrama dan sebagainya yang mempunyai hubungan langsung dengan UMNO tidak pernah menolak dan sentiasa menyokong keburukan Umno, bukan apa sangat tapi demi periok nasi mereka...itu saja...!!Umno pula dengan jelas mengenakan hukuman kepada sesiapa yang bekerja dengan kerajaan didapati tidak menyokong kerajaan, dan projek yang ditawarkan tidak pernah sekali akan diberi hanya kerana orang itu bukan penyokong mereka. Meskipun terpaksa berulang kali memperbaharui lesen kewangan tidak pernah sekalipun projek dapat. Inilah yang menyebabkan orang ramai tidak suka pada Umno. Contohnya projek membersih kawasan, projek lesen kelas kewangan: balik-balik orang yang sama sahaja yang dapat. Cuma lesennya sahaja bertukar. Inilah kepincangan dalam BN, begitu juga dengan SPRM yang dilantik untuk membasmi penyelewengan dan rasuah negara...tapi yang dapat tangkap dan bunuh hanyalah semut-semut kecil sahaja, yang besar-besar tak berani tangkap.
Contoh nyata kepincangan Umno ialah berkaitan pengedaran bahan lucah: Ini benar-benar satu kesalahan, tapi mengapa mereka tidak ditangkap malah seolah memberi satu perlindungan khas pula kepada pelakunya. Apakah satu trend di negara ini jika rakyat awam sekalipun yang terhidu keburukan pemimpin lain, lalu didedahkan. Apakah kerajaan juga akan melindungi mereka? Inilah kecurangan dan kelemahan yang terdapat dalam sistem pentadbiran UMNO...
Rakyat negara ini rata-rata masih tidak sedar dan pengecut dengan mengatakan bahawa hanya BN saja yang mampu mentadbir negara ini...Selain BN parti lain tidak mampu melakukannya...Inilah sejarah BN...Mengapa kepimpinan Umno tidak mahu melepaskan jawatan masing-masing...Apakah takut kehilangan kerja? Atau takut kehilangan kekayaan? Laungan Umno mengatakan negara akan tergadai jika dilepaskan kepada parti lawan sebenarnya satu retorik untuk mempertahankan kuasa saja. Malah orang lain yang mempunyai perancangan dan jadual lebih bagus dari yang Umno buat sekarang. Umno satu parti yang dah lapuk dah...segala pembaharuan yang cuba di bawa Umno akan dilihat sebagai suatu kelucuan dan kebodohan saja. Tidak usah bermain wayang lagi? Berundurlah Umno, berilah peluang rakyat memilih secara adil kerajaan yang ingin memerintah. Jangan sibuk memikirkan jika tidak dapat mentadbir negara maka habislah periuk nasi kaum kerabat, sedangkan Umno sudah lama menzalimi rakyat yang berada di bawah ini. Sudah sering melakukan sesuatu yang membebankan rakyat.
Politik mencari keseronokan dan kemewahan hidup pemimpin bukan lagi satu kerelevanan di Malaysia, rakyat sudah menghidu banyak keburukan dalam Umno, masalah berebut jawatan dalam parti masalah pengagihan projek dan kuota sebarang bantuan, semuanya adalah untuk kepentingan kroni sahaja...kalau orang PAS..katok mapuh (pukul sampai mati) pun tak bagi punya.
Senario pemilihan, dan pembangunan negara serta polemik perkauman yang berat sebelah yang menjadi teras akae umbi orang-orang Umno...sepatutnya kena ubah dah...Umno kini semakin Manggok dan Agahh,,,suka memperlekehkan orang lain...suka mengata kepada orang lain dan sebagainya.
Melayu Hang Tuah dulu berani, bukan macam Melayu sekarang yang lembek lotek dan dayus...tidak berani nak tukar tikar...Kalau berani ayuh...tukarlah..cuma 4 tahun saja...kalau Umno berani...serahkan tampuk pentadbiran kepada orang lain...Kalau orang lain itu juga pun gagal rakyat semua sentiasa bersedia menukarkan kembali kepada Umno...Inilah yang sebaiknya....JOM TUKAR.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan