MALANG...Revethi trauma diserang suami. |
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, lelaki berusia 24 tahun itu turut mengamuk di luar rumah dan menyerang jirannya dikenali sebagai Visvanathan, menyebabkan remaja lelaki berusia 18 tahun itu cedera parah di kaki, perut dan tangan.
Suspek dikatakan seorang kaki botol dan sikapnya itu menyebabkan isterinya, R Revethi, 21, enggan menyerahkan wang apabila diminta kerana tahu suaminya akan menggunakan wang itu untuk minum arak.
Apabila permintaannya tidak dipenuhi, suspek dikatakan meluru ke dapur mengambil parang lalu menetak mangsa di depan tiga daripada empat anak mereka yang berusia lima, tiga dan setahun.
Sejurus melihat isterinya terbaring berlumuran darah dan menjerit kesakitan, lelaki itu keluar rumah dan meluru ke arah Visvanathan, jiran yang tinggal selang tiga rumah dari kediamannya.
Selain dari faktor wang dan pemabuk....yang dibenarkan dalam agama hindu...cemburu juga dikatakan faktor utama tragedi ini. Isterinya ini dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki yang ditetak suaminya itu....
Mungkin inilah faktor utama yang menyebabkan berlakunya peristiwa ini....soal meminta wang daripada isteri ini hanyalah satu fenomena biasa...jika isteri kita seorang yang benar-benar bersih, apa salahnya. Lagipun sudah lama hidup bersama sehingga melahirkan anak-pinak...takkan soal duit gaji yang tak seberapa itu berakhir dengan satu pertelingkahan berdarah, tidak mungkin soal meminta wang ini dijadikan alasan oleh suami untuk menetak isteri...
Pasti ada sesuatu yang lebih besar disembunyikan oleh si isteri....lagipun takkan suami yang tinggal agak jauh dengan rumah jirannya (selang beberapa buah rumah-suspek hubungan sulit) dijadikan sasaran suaminya....jika tidak ada apa-apa yang berlaku antara keduanya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan