June 18, 2011
KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pentadbiran Najib tidak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam yang menyerang 198 laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan sejak lima hari lalu, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Malaysia sebagai negara berdemokrasi mempunyai undang-undang untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan itu.
Dipetik Bernama Online, Rais memberi jaminan siasatan serangan oleh kumpulan penggodam yang bergelar ‘Anonymous’ itu akan diketahui dalam masa terdekat selepas pihak yang berkaitan mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kejadian itu.
“Dalam perkiraan kita, mereka tidak menang dan kita tidak perlu takut kepada gertak dari dalaman mahupun luar tanah air,” katanya di Rawang dekat sini hari ini.
Menurutnya, serangan penggodam itu tidak merebak dengan meluas kerana hanya sebahagian laman web rasmi kerajaan mahupun swasta mengalami kerosakan dan tidak mengakibatkan kelumpuhan terhadap keseluruhan sistem laman web yang digodam.
Source: Malaysia Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan