Najib mendakwa dengan jelas dan berani sekali bahawa BN telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan cuma rakyat sahaja yang tidak menyedarinya. Malah idea negara berkebajikan ini pun sebenarnya datang daripada Najib sendiri cuma PAS yang menirunya untuk meraih sokongan murahan dalam pilihan raya umum akan datang. Jadi Najib menyeru agar rakyat dapat menilai dengan wajar dan berhemah semoga tipu daya pembangkang tidak menjadi.
Macam mana nak mentadbir negara Najib kata, sedangkan untuk menunaikan janji pilihan raya yang lepas pun tidak kesampaian. Inilah antara salakan-salakan yang kedengaran ekoran PAS cuba untuk mengetengahkan Malaysia sebagai negara berkebajikan.
Namun dalam keghairahan Pas mencanang isu negara berkebajikan dan tekad dengan idea yang dilihat dapat menjadikan material sokongan talam-talam lima muka seperti Dr Juanda dan Dr Asri Zainal Abidin. PAS sekali lagi harus ingat akan strategi ganas yang bakal dilaksanakan oleh juak-juak Barisan Nasional melalui kaedah-kaedah halus dan kasar sebagaimana pengalaman-pengalaman yang lepas. Pas tidak boleh leka dan hanyut dibuai arus angan-angan untuk menawan Putrajaya sahaja, sebaliknya banyak lagi kerja yang harus diberikan tumpuan walaupun Umno kini dilihat sebagai haiwan yang terluka tapi Umno ini dianggap sebagai anjing yang tersepit...tiba masa dia akan kekoh (gigit) tak kira sama ada yang datang untuk menyelamatkan itu anak bini dia sekalipun Umno kekoh, kekoh, kekoh dan kekoh....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan