“Saya merasa sungguh hebat,” kata presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas bidasan yang diterimanya daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan yang mahu beliau diheret ke mahkamah mengikut Akta Hasutan.
Ibrahim Ali atau di kenali dengan nama jolokan, Brahim Juling (kerana suka berbalik pais bagai orang mata juling) memang berasa apa yang dilakukannya itu adalah sebagai satu jasa yang sangat besar kepada kepimpinan negara. Ini adalah cita-cita Brahim Juling sejak dari bertanding atas tiket PAS lagi. Brahim Juling;(BJ) ini pernah berjanji sekiranya dia menang maka dia akan kembali semula ke dalam Umno, inilah cita-cita BJ.
Kalau sekitar era 80an dulu cerita bersiri BJ and The Bear menjadi tontonan terhangat pada waktu itu, kerana watak BJ (hero) ini mempunyai teman iaitu seekor Beruk Mat Yeh yang senantiasa membuat kelakar dan menewaskan musuh dengan pelbagai kaedah dan tipu helah. Beruk BJ ini boleh melakukan apa sahaja kecuali "dua" iaitu "Jilat" pisang dan "bercakap"...sebaliknya membaham terus pisang BJ bagi....Inilah yang terbalik dengan seekor yang lebih kurang sama dengan Brahim Juling punya.
Bear Brahim Juling(BJ)agak besar dan layak digelar bapak bear sahaja, lagipun dia lebih hebat kerana pandai berpolitik tapi politik kencing dalam mata. Bear Brahim Juling ini terbalik dengan bear yang pelakun tuh..kerana terbukti bear ini pandai bercakap dan pandai pula menjilat apa saja yang mendatangkan keuntungan padanya, bear atau beruk kepunyaan Brahim Juling ini pandai bersyarah, kalau dulu berapi-api bercakap tentang isu murtad, seorang penentang tegar BN kini sudah mula menjilat kembali ludahnya sendiri. Nak masuk Umno bersama BJ, buat masa sekarang Umno sendiri belum lagi mempercayai kedua-duanya. Beruk BJ ini juga sangat hebat dalam undang-undang, maklumlah seorang loyar buruk dan bercita-cita nak menggantikan Nazri Aziz sebagai menteri undang-undang nikah kahwin di Jabatan Perdana Menteri.
Sekarang ini Brahim Juling dan beruknya sekali lagi membuat helah untuk menjadi wira menentang Bersih 2.0 yang didakwa sebagai titik transformasi demokrasi di Malaysia ini. Maka sekali lagi BJ & The Bear ini melalut dan mengarut mengumpul para penyokongnya supaya menyekat bersih 2.0 dan sanggup melakukan apa saja untuk menghalang Bersih 2.0.
Namun bagi BJ & The Bear ni, sedikitpun tidak gentar kerana dikatakan Najib sendiri telah mengampuni dosa mereka yang melaknati kerajaan BN suatu masa lalu. Janji dan harapan BJ & The Bear ini akan terus berjuang di atas tiket BEBAS yang bertopengkan UMPORNO kerana mereka yakin suatu hari nanti BJ mampu menjadi PM dan Beruknya pula menjadi timbalan inilah cita-cita mereka....sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan