Isnin, 6 Jun 2011

Liwat II: Anwar gagal kali ketiga lucutkan hakim

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd daripada membicarakan kes pertuduhan liwat terhadapnya.

"Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat," kata Zabidin.

Selepas selama tiga minggu ditangguhkan, perbicaraan kes berprofil tinggi itu bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Zabidin daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan.

Sebelum ini, hari ini ditetapkan bagi Anwar membela diri selepas Zabidin pada 16 Mei lalu memerintahkannya kerana terdapat prima facie dalam kes tersebut.

Ia berikutan mahkamah memutuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang boleh dipercayai dan kenyataannya diterima sebagai kebenaran kerana berkenaan seorang yang "berwibawa.".


Selain itu, Zabidin juga berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
Percubaan melucutkan Zabidin daripada mendengar perbicaraan itu, adalah buat kali ketiga.

Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.

Kedua-dua permohonan itu ditolak.

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan.
ULASAN: ENTAHLAH MUNGKINKAH INI SATU PERMULAAN KE ARAH KEMENANGAN ATAU SEBALIKNYA...SECARA JELAS MAHKAMAH DI MALAYSIA INI MEMANG TIDAK ADIL....MEMANG TIDAK ADIL.....TAPI RAMAI LAGI YANG MENYOKONG UMNO......ENTAHLAH....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan