Isnin, 20 Jun 2011

LID SATU KERJA YANG TIADA FAEDAH DAN MEMBAZIR-HARGA IKAN MELONJAK

Bang dir dan Bang be
Benarlah apa yang di salak oleh KJ ada kemunasabahannya. Sekarang negara dilanda masalah ekonomi dan pengangguran yang tinggi, serta dihambat oleh kenaikan harga barang yang tak henti-henti. Terbaru harga ikan yang konon akan dipantau dan dilarang oleh menteri ikan-rupanya pun dah sama macam ikan ubi...krahhh krahhh krahhh apple lerrr...

Harga ikan dipasaran sungguhpun kata menteri ikan akan dipantau tapi sebaliknya harga ikan tetap melonjak naik juga. Biasalah masa operasi semuanya seperti biasa, tapi lepas operasi naik juga...Namun apa salahnya sebab kos yang ditanggung meningkat jika harga tak naik maka margin keuntungan mengecil. Cakap atas kertas semua ikut skima tapi bila dipraktikkan bukan begitu duduk sebenar perkara. Harga tetap naik. Satu lagi masalahnya di Malaysia ini ialah bila sekali dah naik harga barang, untuk turun itu amat mustahil malah akan kekal selama-lamanya...lagi naik ada...!

Berbalik pula dengan LID Langkawi International Dialogue ni, sebenarnya tiada apa kepentingan sedikitpun untuk Malaysia, tak lebih dari mengisi jadual agenda yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak penting kepada rakyat biasa, melainkan hanya untuk kepentingan jerung-jerung besar yang menanti untuk melanggar perahu-perahu kecil itu sahaja...tak ada pekdohnya...

Jadi sebarang jemputan hanya sekadar untuk menghabiskan belanja dan wang kerajaan yang sama sekali memang amat tidak berbaloi. Kalau zaman era Mahathir dulu benarlah, atas dasar kerana ingin memajukan kampung halaman Mahathir. Tapi kini perkara ini sudah tidak relevan lagi. Lagipun program yang dirancang serta pengisian agendanya dilihat tidak lebih sekadar untuk pemimpin-pemimpin ini bersantai dan bersembang sambil bercuti. Untuk keseronokan peribadi sahaja atas nama tugas rasmi kerajaan. Samalah dengan lawatan ke Kazakhstan baru-baru ini, begitu kalut dan pening sekali para S/U menyiapkan kertas kerja dengan menyediakan misi, visi, matlamat, sasaran, anggaran kos perbelanjaan dan berbagai kekalutan lainnya. Namun apa yang sebenarnya adalah hanya sekadar untuk merisik dan melakukan peminangan anak...itulah fenomena sebenarnya yang berlaku.

Umumnya semua kroni tahu, semua kerabat tahu, tapi sebab kerabat pun dapat sama join untuk melihat keindahan negara yang dikatakan indah...Kazakhstan itu, semuanya menutup mata malah ikut tumpang sekaki, paling tidak pun dapatlah buah tangan atau buah kaki yang dibawa pulang...

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menjadikan presiden kontroversial Zimbabwe Robert Mugabe yang tiba di negara ini untuk menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi Kesembilan (LID) di Putrajaya sebagai sasaran bidasannya.

Dalam mesej di akaun Twitter, beliau juha mahu dialog antarabangsa yang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya dihentikan.

"Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni," tulisnya.

Bagaimanapun tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh Khairy dengan "dah lama dah...”. Ketua Pemuda Umno itu enggan memberikan sebarang respon apabila dihubungi oleh Malaysiakini.

Mugabe tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini.

Pemimpin berusia 87 tahun itu adalah antara pemimpin yang sentiasa menghadiri forum LID yang pertama kali diadakan di luar Langkawi.

LID dimulakan pada tahun 1995 dan merupakan ilham mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu memperkukuhkan kerjasama di kalangan negara selatan-selatan.
Inflasi terburuk di Zimbabwe

Mahathir yang juga sahabat karib Mugabe, akan menyampaikan ucapan dasar di mesyuarat berkenaan.

Dr Mahathir bersara pada 2003 tetapi Mugabe, 87, masih memerintah Zimbabwe sejak negara itu merdeka pada 1980 dan dikatakan sedang mengalami krisis ekonomi dan inflasi yang paling buruk.

Inflasi di Zimbabwe berada pada paras 7 peratus pada 1980, tetapi mencatatkan 231,150,888.87 peratus pada 2008. Satu dolar Zimbabwea (ZWD) bernilai US$1.25 pada satu ketika dulu tetapi hari ini ia hanya bernilai 361 ZWD bagi setiap US$1.

Sebelum ini, seorang lagi pemimpin, iaitu Presiden Sudan Omar al-Bashir - yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) juga sepatutnya tiba tetapi membatalkan lawatannya itu.

Bashir berdepan dengan waran tangkap ICC berhubung tuduhan penghapusan kaum, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di kawasan barat Sudan - Darfur.

Waran tersebut telah menjejaskan pergerakan Bashir di luar Sudan. ICC mengarahkan negara-negara anggotanya supaya menangkap Bashir jika beliau melawat, tetapi Malaysia bukan negara anggota ICC.



Source: http://www.malaysiakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan