Khamis, 23 Jun 2011

Gaddafi ikrar terus berjuang



TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi Kadhafi lewat semalam menyatakan beliau akan 'kembali berjuang' dan tidak takut terkorban dalam memerangi kuasa Barat. “Kami akan terus berjuang sehingga ke titik akhir sehinggalah kami (Barat) berjaya kami halau.

Namun kami tidak pernah berhenti," katanya dalam satu mesej pesanan suara yang disiarkan stesen televisyen negara itu.

Mesej itu bagi mengucapkan takziah dan kekesalannnya terhadap kematian rakan seperjuangannya, Khuwildi Hemidi, dan beberapa anggota keluarga yang terbunuh akibat serangan NATO di kediaman mereka, Isnin lalu. “Ia tidak ada lagi sebarang bentuk perjanjian selepas kamu (Barat) membunuh anak-anak dan cucu kami...kami akan terus perjuang. Kamu (Barat) perlu berundur," katanya. "Kami tidak gentar. Kami tidak akan melarikan diri," katanya.
NATO mengesahkan pesawatnya melancarkan serangan udara ke atas Sorman, di barat Tripoli, Isnin lalu tetapi ia hanya serangan terhadap tentera. Jurucakap kerajaan Libya, Mussa Ibrahim berkata 15 orang, termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu dan menyifatkan ia sebagai 'serangan pengganas yang penakut' dan tidak boleh diterima. Ibrahim berkata serangan itu dilancarkan terhadap ladang dan kediaman milik Hemidi, seorang rakan lama Gaddafi. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan