Isnin, 18 April 2011

UMNO DAN KARL MARX - SATU DISKUSI

Demi mempertahankan periuk nasi serta kroni, maka tiada lagi yang perlu disorokkan, tidak perlu lagi dilindungkan malah apa lagi nak dimalukan. Namun penyokong dan tali barut UMNO hanya mampu dicucuk hidung meski sekalipun mereka tahu bahawa apa yang mereka ikut itu sama sekali salah dan tak betul. Namun demi WANG DAN KUASA, mereka sanggup. Golongan inilah yang dikatakan 'Proletariat' atau golongan kelas hamba atau kuli (kuli batak) dalam teori Karl Marx.

Masakan mereka dapat menyatakan orang lain tak boleh memimpin...hanya puak-puak dia saja yang boleh...lucu dan bodoh sekali...dangkal sekali pemikiran sebegini...padahal dia tahu...apa dah jadi dengan Malaysia....kestabilan ekonomi - dengan harga barangan yang melambung...pengangguran tinggi, sistem pendidikan tidak konsisten sekali begitu, sekali begini: balik-balik begituni tak berubah tak sokong kerajaan dicarinya alasan lain agar dapat dikenakan tindakan, dilemparnya kemana-mana yang difikirkan membebankan para antiparti kerajaan ini, dan pelbagai kelompangan dalam masyarakat kian memuncak...inikah yang dikatakan boleh memimpin...waduh. Analoginya mudah,  tukarkan sahaja ideologi lama, lowongkan pemikiran yang baru, jangan terikat dengan sistem lapuk dan sudah lama mengaut kekayaan. Apa kamu ingat hanya orang UMNO sahaja yang boleh jadi pemimpin? Sedangkan di luar UMNO masih ramai lagi yang lebih hebat.

Ironisnya ramai yang membabi-buta dan tidak pernah melihat kepada sejarah dunia lampau yang hebat. Tamadun hebat manusia di muka bumi ini pun tidak mampu bertahan lama - Mana ada dalam sejarah peradaban manusia sesebuah kerajaan mampu mentadbir dengan lebih 100 tahun. Tidak ada!!! Melainkan dengan menukar sistem pentadbiran, dengan kata lain orang lain pula yang menjadi kepala dalam kalangan idealogi yang berlainan pula. Mengapa pula kita selalu mengikut rentak tarian yang kita langsung tidak faham, patah lagu yang terlalu asing buat  kita, mengapa? Mengapa kamu sering mempertahankan kesalahan yang terang-terangan dilakukan dalam kumpulan kamu, jika terkena kepada anak kamu sendiri kamu hanya mampu berdiam diri malah memberi berbagai alasan dan perlindungan, sebaliknya jika bukan dalam kalangan kamu, dengan segera kamu mengambil tindakan...Inikah yang dikatakan demokrasi terpimpin...pandaikah ini...

Secara asasnya memang benarlah apa yang dikatakan oleh Karl Marx dalam buku-bukunya bahawa terdapat beberapa fitur dalam sesebuah kerajaan selain dua golongan iaitu borjuis atau golongan kelas bos manakala proletariat iaitu kelas pekerja abdi.  Kedua kelas ini saling berkaitan untuk mencapai satu matlamat iaitu kemajuan. Namun tanpa sedar golongan proletariat inilah yang memberi kekayaan kepada golongan borjuis. Manakala golongan borjuis ini pula secara emperisnya akan mengekalkan kekuasaannya walau dengan apa cara sekalipun.

Dan inilah yang berlaku di Malaysia negara yang kucintai ini. Sama seperti filosofi yang dikemukakan oleh Karl Max: dalam mengekalkan sesuatu kerajaan itu bergantung kepada borjuis, proletariat, pendidikan dan pasukan keselamatan. Empat perkara ini sangat kuat untuk memastikan sesebuah kerajaan itu kekal berkuasa:

" the bourgeoisie cannot exist without exploiting the labour of proletariat, and the proletariat cannot exist without selling its labour to the bourgeoisie"

Namun dalam etika mempertahankan kekuasaan atau pengaruh politik dan ekonomi, Karl Marx juga terlupa bahawa peranan yang membawa perubahan atau angkubah besarnya kini bukan bergantung harap kepada proletariat semata tetapi peranan lain yang lebih berjisim  dan berjirim sebagai satu dari fitur penting memegang tampuk pegekalan kuasa: iaitu teknologi, meski makna demokrasi di Malaysia hanya diterjemahkan dalam bentuk undi semata-mata, tetapi peranan mengundi ini dengan jelas ditafsirkan pula oleh golongan proletariat ini. Justru menjaga praksis(praxis) dan proksi(proxy) adalah satu kemestian bagi borjuis (golongan pemerintah).Walaupun terpaksa mengorbankan komuniti dan komoditi negara, namun demi tampuk pemerintahan dehumanisasi terpaksa dilaksanakan.

Sebagai langkah keselamatan pada dominasi kuasa, sudah tentu secara verifikasi pasukan keselamatan akan berpihak kepada siapa tuannya. Walaupun dalam kebutuhan kehidupan sebagai manusia; Sikap menenggelamkan kebenaran menjadi rahsia kemapanan kuasa. Model inilah yang selalu diamalkan oleh UMNO. Walaupun umumnya tahu bahawa;

" kebenaran yang sedikit itu lebih baik dari kesalahan yang populis"

Namun lantaran elemen populis yang agak mahal itu sendiri dapat meraih dan menyucuk lubang hidung proletariat...mereka akan gunakan untuk mencapai tujuan utama itu iaitu mengekalkan dominasi mereka dalam politik, sekalipun yang populis itu adalah satu kesalahan.

Selain yang telah dibincangkan, UMNO dan Karl Marx adalah sama dalam hal yang berkait humanis. Karl Marx seorang Yahudi telah mengkaji keadaan ini telah hampir 300 tahun yang lalu. Kekesanan pemerintahan adalah berdasarkan kepada empat aspek seperti yang diperbicarakan di atas iaitu:

1. Borjuis
2. Proletariat
3. Pihak Keselamatan
4. Sistem Pedidikan

Secara umumnya tiga ciri di atas telah diulas kecuali sistem pendidikan. Di Malaysia sistem pendidikan negara sama ada peringkat tinggi mahupun rendah, para borjuis ini dengan tersembunyi telah menerapkan unsur pengenalan kepada generasi mendatang akan siapa tuannya. Siapa yang sepatutnya generasi yang diasuh itu harus berkhidmat dan berbakti, siapa yang seharusnya patut diberi ucapan terima kasih dan salute. Inilah corak pendidikan yang ada di Malaysia. Jika tidak berbuat demikian maka hambatan-hambatan keperluan hidup seolah semakin jauh untuk digapai. Keterbatasan untuk mengkritik kalangan borjuis oleh golongan pelajar juga menjadi unsur jenayah yang akhirnya menjadikan pelajar itu suatu robot yang diprogramkan.

Bagi kelas makan gaji pula, sering kali proletariat diugut dengan pertanyaan yang langsung tidak masuk akal iaitu;

"Jangan tanya apa majikan akan beri kepada anda, sebaliknya tanyalah diri anda. Apakah sumbangan anda kepada negara?"

Para Ketua Jabatan sering menggunakan ungkapan di atas untuk mengugut kalangan bawahan mereka. Alangkah singkat ungkapan sedemikian digunakan. Sedarkah mereka bahawa sumbangan pekerja amat besar kepada kerajaan: Iaitu kertas UNDI. Inilah yang ramai majikan tidak sedar. Sedarlah jangan menggunakan lagi ungkapan yang bodoh itu.

Baiklah, kembali kita kepada diskusi asas UMNO dan Karl Marx.

Empat elemen yang digunakan bagi mentarbiahkan dominasi UMNO dalam sistem pentadbiran negara sememangnya tidak mencukupi apatah lagi corak perubahan arus  zaman yang pesat dengan era globalisasi, dan mungkin kerana zaman Karl Marx perkara ini tidak ketara kewujudannya, malah mungkin sama sekali tidak ada. Elemen yang penting digunakan ini dan di praktiskan oleh UMNO ialah Media.

Dengan menyekat kebebasan media dalam arus kehidupan proletariat secara langsung dapat mengekalkan kekuasaan mereka. Media kerajaan yang begitu bebas membela kerajaan juga merupakan suatu fitur yang penting dalam urus tadbir kuasa mereka. Permainan media yang berat sebelah dan tidak telus dapat mengekalkan kerajaan yang sedia ada dengan memperbodohkan proletariat dengan pelbagai janji dan cerita dongeng.

Setelah diasak bertalu-talu dalam media yang berlambakan di pasaran tanpa sekatan, sedikit demi sedikit gaya pemikiran proletar yang sememangnya bangap dan pengecut ini berubah mengikut stail dan propaganda pemerintah. Walhal tanpa sedar keuntungan yang sebenar adalah para borjuis ini yang mengtekedarah hasil dan wang rakyat untuk keluarga mereka.

Sejak dari zaman lampau hingga sekarang, terutamanya zaman Karl Marx, kajian kemanusiaan dan sejarah peradaban manusia bermula dengan status perebutan kelas - bangsawan dan hamba, pekerja mahir dan buruh kasar, pendeknya: penindas dan yang tertindas, sentiasa berlaku pertentangan antara satu sama lain, melakukan perjuangan yang tiada putus-putus, kadang-kadang dengan tersembunyi, kadang-kadang dengan terang-terangan, dan setiap perjuangan itu pula akan berakhir dengan penyusunan-kembali masyarakat umumnya atau kedua-duanya binasa sama sekali.

Sebagaimana yang kita ketahui masyarakat borjuis moden ini timbul dari runtuhan masyarakat feudal dan terus-terusan membawa bersama mereka sifat dendam, malah sama sekali tidak pernah menghilangkan pertentangan-pertentangan kelas. Walau tanpa peperangan pemajmukan masyarakat moden ini hanya menciptakan kelas-kelas baru, bentuk-bentuk penindasan baru,  syarat-syarat perjuangan baru sebagai ganti yang lampau. Tiap langkah dalam perkembangan borjuis diikuti oleh suatu kemajuan politik yang sesuai dari kelas itu.  Meskipun demikian borjuis di dalam sejarah, telah memainkan peranan yang sangat revolusioner.


Rentetan budaya lampau dalam membentuk satu masyarakat yang berlapis-lapis kelasnya, mengikut Karl Marx juga, setiap borjuis itu akan memperturunkan segala yang ada pada keturunannya. Demi menjaga segala yang diperolehi. Jika kita melihat keadaan ini dalam UMNO sendiripun budaya kepimpinan itu kalau boleh akan diperturunkan kepada anak cucu mereka sahaja untuk berkuasa.  Dengan menjual nama dan harta kekayaan,  mereka mampu menjadi seorang pemimpin, meski ciri-ciri kepimpinan dan jati diri sebenarnya langsung tidak ada, namun akibat mandat dan kepercayaan yang dibeli dari proletar mereka akhirnya berjaya menjadi pemimpin.

Segala ini dapat dilakukan di Malaysia dan negara-negara dunia ketiga yang kebanyakan para proletarnya taksub dan tegar pada satu fahaman sahaja, dan tak mungkin berpaling.

Kesimpulannya Sifat dan Strategi yang dipraktikkan dalam UMNO ialah menjurus kepada ideologi Karl Marx, cuma ada sedikit pembaharuan iaitu: Penggunaan Media sebagai satu lagi elemen yang menakjubkan demi mempertahankan kekuasaan dipersada politik Malaysia. Syabas UMNO anda berjaya memperbodohkan golongan hamba negara ini.








0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code