Rabu, 20 April 2011

Bekas timbalan pendakwa raya diarah bela diri

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan bekas timbalan pendakwa raya, Md. Azar Irwan Mohd. Arifin, 32, membela diri atas tuduhan meminda minit arahan kertas siasatan terhadap tiga suspek kes dadah dua tahun lepas.
Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu selepas berpuas hati pendakwaan berjaya membangkitkan elemen-elemen pertuduhan dan membuktikan kes prima facie terhadap Md. Azar.

Mahkamah menetapkan pada 7 dan 8 Jun depan untuk Md. Azar membela diri.

Sepanjang perbicaraan, seramai 13 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Md. Azar didakwa menulis arahan di dalam kertas siasatan supaya Quah Guat Chin, Wong Kok Seng dan Low Teck Seng dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta yang sama, sedangkan dua daripada mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code